ADTEC Kulim merupakan salah sebuah daripada institut latihan di bawah pentadbiran Jabatan Tenaga Manusia (KSM). Ianya ditubuhkan pada tahun 2000 di bawah Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7) dan telah dirasmikan pembukaannnya oleh YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia pada 11 Januari 2003.
ADTEC Kulim mengendalikan kursus-kursus peringkat tinggi dengan kemudahan mesin serta peralatan latihan yang termoden dan terkini, menawarkan latihan kemahiran di dalam bidang yang telah dirangka dengan teliti untuk mewujudkan peluang lepasan sekolah serta institut latihan awam dan pekerja industri meningkatkan kualiti kemahiran supaya memenuhi permintaan tenaga mahir oleh sektor perindustrian. Perkhidmatan yang ditawarkan seperti berikut :
Kursus Latihan Sepenuh Masa :
- Diploma Teknologi Mekatronik
- Diploma Teknologi Elektronik
- Diploma Teknologi Telekomunikasi
- Diploma Teknologi Pembuatan ( Perkakasan - Die )
- Diploma Teknologi Pembuatan ( Perkakasan - Mould )
- Diploma Teknologi Pembuatan ( Pemesinan )
+++ 𝙋𝙀𝙉𝙅𝙀𝙉𝘼𝙈𝘼𝘼𝙉 𝙎𝙀𝙈𝙐𝙇𝘼 +++
Sukacita dimaklumkan bahawa bermula 23 Jun 2025, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kulim telah dijenamakan semula secara rasmi kepada:
𝗞𝗢𝗟𝗘𝗝 𝗧𝗘𝗞𝗡𝗢𝗟𝗢𝗚𝗜 𝗧𝗘𝗥𝗠𝗔𝗝𝗨 𝗞𝗔𝗠𝗣𝗨𝗦 𝗞𝗨𝗟𝗜𝗠
(Advanced Technology College (ADTEC) Kulim Campus)
Sebarang rujukan rasmi, hebahan dan surat menyurat adalah digalakkan menggunakan nama baharu ini.