Berita Inovasi
PERTANDINGAN | : | ASEAN INVENTION, INNOVATION & DESIGN COMPETITION (ASEAN IID KEDAH 2011) |
PENGANJUR | : | UiTM MERBOK KEDAH |
TARIKH | : | 19 - 20 NOVEMBER 2011 |
MASA | : | 8.00 PAGI - 5.30 PETANG |
LOKASI PERTANDINGAN | : | UiTM MERBOK KEDAH |
19-20 November 2011 - ADTEC Kulim buat kali kedua telah menyertai pertandingan ASEAN INVENTION, INNOVATION AND DESIGN COMPETITION (Asean IID KEDAH 2011) yang telah dianjurkan oleh UiTM MERBOK, KEDAH. Pertandingan tersebut telah diadakan di UiTM MERBOK, KEDAH. Pertandingan selama 2 hari itu telah disertai oleh 220 penyertaan yang terbuka kepada semua Uitm seluruh Malaysia, politeknik-politeknik, Kolej Kemahiran Tinggi Mara, ILP serta beberapa institusi-institusi lain
KEPUTUSAN PERTANDINGAN
ADTEC kulim telah menghantar 2 projek inovasi iaitu iaitu New Technology Automotive Absorber (N.T.A.A) – Green Technology dan Environmental Friendly Compact Sink Filter System. ADTEC kulim telah berjaya merangkul 2 pingat emas bagi kedua-dua projek tersebut.
Pencapaian yang membanggakan memihak kepada ADTEC KULIM yang mana kedua-dua projek yang dipertandingkan telah Berjaya merangkul anugerah GOLD MEDAL (Pingat Emas). Tahniah diucapkan kepada kumpulan ADTEC Kulim yang sekali lagi telah mengharumkan nama ADTEC Kulim. Semoga ADTEC Kulim akan terus mengorak langkah lebih maju ke hadapan.
Kategori Pelajar IPTA |
Bil | Medal |
Projek | Institusi |
1. | Gold | New Technology Automotive Absorber (NTAA) | ADTEC Kulim |
2. | Gold | Environmental Friendly Compact Sink Filter System | ADTEC Kulim |