PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Keratan Akbar

Program Yang Ditawarkan

ILP Kepala Batas bina tiga unit kubikel SARI - 5 April 2020

Akhbar : Sinar Harian (Edisi Utara) | Tarikh : 5 April 2020


https://www.sinarharian.com.my/article/77416/EDISI/Utara/ILP-Kepala-Batas-bina-tiga-unit-kubikel-SARIKEPALA BATAS - Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas di sini menjadi institut kemahiran awam pertama membina tiga unit Severe Acute Respiratory Infection (SARI) Cubicle.

Fungsi kubikel itu adalah untuk mengasingkan pesakit separa kritikal yang memerlukan bantuan mesin pernafasan sementara menunggu keputusan saringan koronavirus (Covid-19) di Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang.

Pengarah ILP Kepala Batas, Zamzuri Hassan berkata, dengan kepakaran tenaga pengajar ILP Kepala Batas, kubikel itu dapat disiapkan dalam masa satu hari sahaja.

"Usaha murni ini adalah sebagai tanggungjawab sosial kepada petugas barisan hadapan negara dalam menangani penularan wabak Covid-19.

"Dengan kepakaran bidang Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang terdapat di ILP Kepala Batas, kami bersedia menghulurkan bantuan kepada pihak barisan hadapan bagi membantu meringankan beban mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, projek yang menelan belanja hampir RM6,000 adalah hasil kerjasama Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kepala Batas dan Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas (ILPKB).

Artikel Penuh - https://www.sinarharian.com.my/article/77416/EDISI/Utara/ILP-Kepala-Batas-bina-tiga-unit-kubikel-SARI

]]>

ADTEC Kulim +