Isu TVET - Kerjasama, koordinasi dua kementerian mainkan peranan penting
26 JANUARI 2018, KUALA LUMPUR - Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) mahu Kementerian Pendidikan dan Kementerian Sumber Manusia untuk saling bekerjasama untuk merangka pelan pengajian pembangunan industri negara. Pengerusinya, Halim Ishak berkata, kerjasama itu perlu supaya peserta program teknikal dan vokasional (TVET) dapat memasuki sektor pekerjaan yang sepatutnya sekaligus mengurangkan pekerja asing dalam negara.
“Sebelum ini sekolah vokasional, institut, kolej dan universiti teknikal yang diwujudkan. Tetapi adakah semuanya memenuhi kehendak industri pekerjaan. Sebab itu dua kementerian ini perlu membuat penambahbaikan kajian semula menerusi saranan yang telah dibentangkan oleh banyak institusi pengajian dan cerdik pandai sebelum ini,” katanya. Sebelum ini, media melaporkan penghijrahan tenaga pengajar TVET di politeknik berikutan skim yang tidak selaras dan berbaloi dikhuatiri akan menjejaskan bakal graduan institusi pengajian berkenaan.
Dalam pada itu, Halim juga menyarankan agar pelantikan Tan Sri Prof. Emeritius Dr. Lim Kok Wing sebagai Penasihat TVET Malaysia perlu di kaji semula agar sasaran untuk melahirkan modal insan mahir di bidang teknikal dan vokasional menepati kehendak pasaran industri.
Sumber: UTUSAN ONLINE