5 Ogos 2013 - ADTEC Kulim berjaya memenangi pingat Emas dalam pertandingan dan pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2013) yang berlangsung bermula 9 hingga 11 Mei 2013 di KL Convention Centre (KLCC). Lebih gemilang ADTEC Kulim juga berjaya merangkul Russian Award iaitu anugerah khas The Russian Award-Diploma of Association Russian House for International Scientific and Technological Cooperation. Pasukan ADTEC Kulim diketuai oleh pensyarah En.Junaidi Osman mempertaruhkan projek Environmental Friendly Compact Sink Filter System (EFCSFS) di dalam pertandingan ini.