PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Kalendar ADTEC

Program Yang Ditawarkan

 

Gua Kelawar
Gua Kelawar

Tarikh : 6/10/2018

Askar Wataniah ADTEC Kulim telah menjalani aktiviti treking dan eksplorasi Gua Kelawar dan Bintang Hjau di kawasan Ulu Damak, Sg Bayor, Selama Perak. Seramai 45 Pelajar ADTEC Kulim yang juga Askar wataniah serta 5 pegawai ADTEC kulim turut serta dalam aktiviti ini,

Pendakian selama hampir 4 jam keseluruhannya untuk melihat keindahan dan keunikkan gua kelawar di Ulu Damak sangat mencabar ketahanan fizikal dan mental semua peserta. Peserta turut diberi penerangan mengenai kawasan gunung dan gua kelawar dan dibawa melihat keindahan dan merasai sendiri berada di kawasan gua kelawar.

Akhir program, Peserta perlu melepasi kawasan air terjun di kawasan Ulu Damak. Semua peserta tidak melepaskan peluang untuk mandi manda di kawasan air terjun yang terkenal dengan keindahan dan air terjun yang tinggi itu.