Diploma Teknologi (DT) Pembuatan (Pemesinan)
Pengenalan
Program ini direka untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam merekabentuk, memproses, mengendali dan menguruskan sistem dan peralatan yang digunakan dalam pembuatan teknologi. Ia terdiri daripada tugas-tugas yang merangkumi konteks sejajar dengan pembangunan industri terkini. Pelajar akan mengkaji lukisan asas dan lanjutan dan reka bentuk (CAD / CAM) berkaitan Kejuruteraan, menggunakan mesin konvensional dan CNC melibatkan Mesin Kisar, Mesin Larik dan Mesin Canai, EDM Die Sinking dan Wire Cut. Di samping itu, pelajar juga akan mempelajari subjek penyeliaan, pengurusan dan mata pelajaran am seperti Fizik, Aplikasi Komputer, Matematik, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam. Pelajar akan menggunakan semua pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam membangunkan Projek Tahun Akhir dan menjalani Latihan Industri pada akhir semester. Pelajar juga perlu terlibat dengan aktiviti-aktiviti tambahan dan kurikulum dan sukan. Pelajar akan dilatih untuk merekabentuk dan membangun atau mengubah dan meningkatkan sistem atau peralatan yang digunakan dalam proses dan pembuatan industri serta mematuhi peraturan keselamatan dan prosedur yang ditetapkan ..
Tempoh Latihan
3 tahun
Kelayakan Akademik
Lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dan memenuhi syarat minimum berikut:
i) Lulus Bahasa Melayu
ii) Lulus Sejarah (SPM 2013 dan seterusnya)
iii) Lulus Bahasa Inggeris
iv) Lulus Matematik / Tambahan Matematik
Persijilan