Pengenalan
Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) merupakan bahagian yang terpenting dan sentiasa berhubung terus dengan para pelajar dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada mereka sebagai pelanggan utama ADTEC Kulim. (BPPL) ADTEC Kulim terdiri dari 4 unit yang bertujuan melaksanakan menyokong visi dan misi BPPL ke arah memberi perkhidmatan yang berkualiti kepada para pelajar dan “stakeholder” lain ADTEC Kulim termasuk ibu-bapa, bakal pelajar, bekas pelajar, kerajaan, pihak industri dan semua rakyak Malaysia. Unit-unit ini adalah Unit Hal Ehwal Pelajar, Unit Kaunseling, CESS dan Unit Disiplin dan Ko-kurikulum.
Fungsi
Fungsi utama BPPL adalah memberi perkhidmatan kepada pelajar dan pembangunan modal insan. Fungsi-fungsi ini dilaksanakan oleh unit-unit dibawahnya.
Unit HEP
• Menjalankan aktiviti promosi terutamanya kepada remaja lepasan sekolah
• Menyelia pengambilan pelajar dan pendaftaran pelajar baru
• Menyelaras data pelajar sepanjang meraka barada di ADTEC Kulim
• Menjaga kebajikan pelajar
• Menguruskan pemohonan pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Kemahiran (PTPK)
Unit Kaunseling
• Memberi khidmat nasihat, bimbingan dan kaunseling kepada pelajar .
• Menjalankan program pembangunan modal insan seperti kem kepimpinan dan teambuilding
• Menasihati Majlis perwakilan Pelajar dalam merancang dan menjalankan aktiviti
Unit Displin Dan Ko-kurikulum
• Meyelaras aktiviti ko-kurikulum dan memastikan semua pelajar melibatkan diri dalam kelab dan persatuan
• Memantau displin pelajar bagi melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik
• Menyelia dan menguruskan prosedur tatatertib pelajar (JTPI dan JTPII)..