25-Feb 2019, ADTEC Kulim telah mengadakan lawatan ke Kyrra Production, Kepala Batas, P. Pinang bersama dengan Tuan Pengarah serta lima orang pegawai daripada ADTEC Kulim. Tujuan lawatan ini adalah bagi membincangkan jalinan kerjasama yang boleh dijalankan. Syarikat ini diterajui oleh 2 orang usahawan bumiputera yang iaitu Pn Syakira dan En Hakimy Loii.
Syarikat ini menjalankan aktiviti perniagaan dalam bidang fotografi, online marketing dan jualan alat tulis. Pihak ADTEC Kulim ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menerima lawatan daripada ADTEC Kulim. Semoga jalinan kerjasama antara ADTEC Kulim bersama Kyrra Produxtion akan terjalin pada masa hadapan.
https://www.adteckulim.gov.my/2017/index.php/ms/arkib-berita-2019/463-februari-2019/1726-lawatan-adtec-kulim-ke-kyrra-production#sigFreeIdbec68a5694