PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM

Arkib Berita 2019

Program Yang Ditawarkan

31 Januari 2019, Sebuah lawatan kerjasama industri telah dibuat di IME Technology (Penang) Sdn Bhd yang terletak di Seberang Perai, Pulau Pinang. Lawatan tersebut diketuai oleh Pengarah ADTEC Kulim, En Zulkefli Bin Omar dan diiringi pegawai-pegawai lain. Lawatan tersebut bertujuan untuk mengenali IME Technology yang mempunyai kaitan dengan bidang Mekanikal & Pengeluaran di ADTEC Kulim. Di samping itu, satu perbincangan mengenai kolaborasi secara Smart partnership dalam bidang 3D printer dijalankan. Semoga lawatan tersebut menjadi pendorong kepada kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama.