1 April - Seramai 20 orang pelajar Maahad Tahfiz Nur As-Salam telah dipelawa oleh ADTeC Kulim untuk menyertai kursus ICT. Ini adalah merupakan sumbangan ADTEC Kulim bagi mendedahkan pelajar tahfiz kepada aplikasi komputer pada peringkat asas. Pelajar juga akan didedahkan kepada penggunaan asas Microsoft Word dan Excel. Kursus ini telah bermula pada jam 9.00pagi sehingga jam 12.00 tengahari bertempat di Makmal Komputer, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kulim. Kursus ini telah dikendali oleh En. Mahmud sebagai tenaga pengajar.