PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM

Arkib Berita 2018

Program Yang Ditawarkan

14 Februari 2018, ADTEC Kulim. Bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi, pasukan Unit Tabung Darah, Hospital Besar Kulim telah bekerjasama dengan PBSM ADTEC Kulim telah menganjurkan Program Derma. Permintaan yang tinggi terhadap bekalan darah menyebabkan kerjasama dan keprihatinan daripada orang ramai amat diperlukan untuk sama-sama menyumbang dalam membekalkan darah yang selamat dan mencukupi untuk kegunaan pesakit. Program ini diadakan selama 2 hari dari 14 hingga 15 Februari 2018. Usaha murni ini merupakan program kerjasama berterusan antara kedua pihak yang diadakan saban tahun. Kepada penderma diucapkan ribuan terima kasih.