PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM

Arkib Berita 2017

Program Yang Ditawarkan

 

Buat julung-julung kali penyertaan  ADTEC KULIM mewakili Malaysia dalam pertandingan kreativiti dan inovasi peringkat antarabangsa di SEOUL INTERNATIONAL INVENTION FAIR (SIIF), GANGNAM GU, SEOUL, KOREA 2017 yang berlangsung pada 30 November 2017 hingga 3 Disember 2017 telah berjaya memenangi  pingat GANGSA. 

Projek Universal Adjustable Prosthetic Leg merupakan satu inovasi ‘kaki palsu’ yang boleh dilaras berdasarkan ketinggian dan saiz pengguna. Ciptaan ini juga memberikan kesan ‘normal’ kepada para OKU di mana mereka dapat berjalan dan mendaki tangga dengan lebih sempurna. Pasti mereka yang menggunakannya akan mengukir senyuman ketika dapat melangkah semula!

 

Tahniah diucapkan kepada En. Junaidi Osman yang telah berusaha keras menjayakan projek ini!