PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM

Arkib Berita 2016

Program Yang Ditawarkan

 

12 - 13 Januari 2016 - Bersempena Minggu Silaturrahim bagi sesi 1/2016, pihak ADTEC dengan kerjasama Unit Transfusi Hospital Kulim telah menganjurkan kempen Jom Derma Darah yang bertempat di Pusat Sumber ADTEC Kulim.  Kempen ini dijalankan untuk membantu para pesakit yang memerlukan seperti mangsa kemalangan, pesakit yang menjalani pembedahan, bayi yang baru lahir yang mengidap penyakit kuning(jaundis), pesakit thalassemia, hemofilia dan ibu yang mengalami tumpahan darah.

Di samping itu penderma juga berpeluang untuk mengetahui perkara-perkara yang berkaitan dengan darah dan apa terjadi kepada darah yang didermakan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua penderma yang budiman kerana setitis darah anda yang didermakan mampu menyelamatkan nyawa.

Unit Transfusi Hospital Kulim  juga turut menawarkan perkhidmatan pemeriksaan darah bagi mengenalpasti tekanan darah tinggi atau darah rendah bagi pelajar-pelajar serta kakitangan ADTEC Kulim dan perkhidmatan bagi mengenalpasti jenis-jenis darah turut disediakan. Seramai 140 orang pelajar termasuk kakitangan ADTEC Kulim telah menderma darah sempena program dianjurkan. Tahniah dan terima kasih diucapkan atas kerjasama yang diberikan.