PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Berita 2015

Program Yang Ditawarkan

 

7 Disember 2015 - Pihak ADTEC Kulim telah menerima kunjungan dari Institut Kemahiran Langkasuka yang diketuai oleh DR. Hj. Abdul Jalil Ahmad (Pengerusi/Ketua Eksekutif). Sesi perbincangan dimulakan dengan pengenalan wakil Jabatan dan Institut serta penerangan latarbelakang institut masing-masing. Antara hasil daripada perbincangan tersebut beberapa program kerjasama yang telah dikenalpasti dan dicadangkan adalah seperti lawatan sambil belajar, strategi NBOS, dan sebagainya. Sehubungan dengan itu diharap kedua-dua belah pihak dapat manfaat daripada kerjasama yang dicadangkan supaya dapat membantu pelajar-pelajar tercicir di luar sana untuk menyambung pelajaran. Sesi lawatan diakhiri dengan sesi bergambar dan jamuan makan.