PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM

Arkib Berita 2015

Program Yang Ditawarkan

25 Ogos 2015- ADTEC Kulim telah di persijilankan semula  amalan persekitaran 5s buat kali ke 4 oleh Malaysian Productivity Cooperation (MPC). Tahniah di ucapkan kepada ADTEC Kulim khususnya kakitangan yang telah bersama sama menjayakan amalan ini dengan penuh dedikasi. Semoga amalan ini akan sentiasa di praktikan daripada semasa ke semasa.

Di mulakan dengan mesyuarat pembukaan sekitar jam 9.30 di bilik mesyuarat utama aktiviti audi kemudiant diteruskan dengan menyemak dokumentasi amalan 5s bagi jawatankuasa induk, setiap jawatankuasa kecil dan Zon 5S. Setelah selesai semakan dokumentasi  aktiviti diteruskan dengan audit kawasan di setiap zon bermula dengan Zon Green tea(Pentadbiran) dan Zon Rose Buds, Zon Citrus Burst, Zon Lavender, Zon Apple Cinnamon, Zon Blue Ocean, Zon Strawberry, Dewan Sri Mahang dan Dewan Kuliah Utama. Aktiviti audit telah berlangsung dengan baik.

Setelah selesai aktiviti audit kawasan, satu agenda penutup telah diadakan di bilik mesyuarat.  Semua Ahli Jawatankuasa Pemandu 5S sekali lagi berkumpul di bilik Mesyuarat Utama bagi mengetahui keputusan audit oleh pihak MPC. Juruaudit telah membentangkan komen beliau mengenai elemen-elemen penilaian Audit 5S. Beliau mendapati secara keseluruhan pencapaian ADTEC Kulim adalah sangat baik dan layak untuk dipersijilkan Amalan Berkualiti (QES/5S) daripada MPC. Akhirnya ADTEC Kulim berjaya melepasi audit Persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QES/5S) dan secara langsung telah menjadi ILJTM yang ke 14 akan dipersijilkan. Tahniah diucapkan kepada semua warga ADTEC Kulim yang sama-sama berusaha dalam menjayakan aktiviti 5s ini. Diharap semoga amalan 5s ini dapat dikekalkan dan menjadi amalan kita.