PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Berita 2015

Program Yang Ditawarkan

 

12 Februari 2015 – KULIM: Abbott, merupakan salah satu daripada pengeluar barangan kesihatan terkemuka dunia telah melabur US$60mil (RM192mil) untuk membina fasiliti di Kulim Hi-Tech Park (KHTP) bagi tujuan pengeluaran intraocular lens (IOLs) yang digunakan untuk merawat penyakit cataracts. Syarikat tersebut telah berbincang dan menganjurkan satu sesi temuduga khas kepada pelajar ADTEC Kulim pada 12 Februari 2015 di cawangan ADTEC Kulim

                Seramai 30 orang bekas pelajar daripada bahagian Mekanikal, Mekatronik, dan Elektronik telah mengambil bahagian dalam temuduga tersebut. Temuduga bermula pada pukul 10.30 pagi yang selaraskan oleh 3 orang panel berpengalaman dari bahagian pembuatan. Pelajar telah dinilai dari segi pengetahuan,  pengalaman, dan etika kerja. Sesi temuduga berjalan sehingga pukul 6.30 petang.

                Cenderahati telah disampaikan kepada pengurus bahagian sumber syarikat Abbott En. Eddy. Melalui sesi temuduga kali ini diharap akan ada hubungan kerjasama yang lain dapat di jalankan pada masa akan datang.