PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM

Arkib Berita 2014

Program Yang Ditawarkan

12 Ogos 2014- ADTEC sekali kulim lagi telah diaudit untuk Persijilan Persekitaran Berkualiti (5S)  Untuk Persijilan Semula Bagi Tahun Ketiga. En. Josffa Ismail dari Perbadanan Produktiviti Malaysia Wilayah Utara adalah selaku juruaudit telah menilai prestasi amalan 5S di ADTEC Kulim.

 

Secara keseluruhannya, ADTEC Kulim dilihat telah memenuhi keperluan dan kriteria 5S dengan baik. Sokongan dan komitmen dari pihak pengurusan dalam melaksanakan 5S adalah amat baik sekali. Dokumentasi 5S memenuhi kriteria dan terdapat bukti adanya perancangan dan pelaksanaan 5S dengan sistematik. Budaya 5S dapat dilihat dipraktikkan secara keseluruhan. Banyak aktiviti kaizen yang telah diamalkan di ADTEC Kulim oleh staf dan pelajar. Walaubagaimanapun masih ada ruang untuk penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh ADTEC Kulim. Dengan ini, disyorkan ADTEC Kulim untuk menerima persijilan semula 5S untuk tahun yang ketiga. Tahniah kepada semua warga ADTEC Kulim yang telah sama-sama memberi kerjasama dalam melaksanakan amalan 5S di ADTEC Kulim seterusnya telah dipersijilkan semula oleh pihak MPC untuk tahun ketiga.