Maklumat kelayakan ke pertandingan:
PERTANDINGAN : ANUGERAH INOVASI NEGARA 2013 (AIN ‘13)
PENGANJUR : KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)
LOKASI PERTANDINGAN : KUALA LUMPUR CONVENTION CENTRE (KLCC)
TARIKH PERTANDINGAN : 11-14 NOVEMBER 2013
11-14 November 2013 – ADTEC Kulim buat kali keduanya telah layak ke peringkat akhir pertandingan Anugerah Inovasi Negara 2013 yang telah dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Pertandingan selama 4 hari itu telah berlangsung di Dewan Pameran Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). ADTEC KULIM adalah merupakan satu-satunya wakil dari institusi ILJTM yang telah layak ke pentas FINAL Anugerah Inovasi Negara 2013 tersebut
Pasukan Inovasi ADTEC Kulim yang diketuai oleh En.Junaidi Bin Osman (Pensyarah) dan 4 orang pelajar dari kursus Diploma Teknologi iaitu Muhamad Farid B. Hassanuddin, Muhamad Aliff B. Mohamad Rosdi, Mohd Ridzuan B. Abu Seman dan Muhamad Fadzli B. Mohamad adalah yang bertanggungjawab menganalisa dan seterusnya menghasilkan projek PALM SCOOP ini untuk dipertandingkan.
Projek Inovasi kumpulan ADTEC KULIM telah terpilih sebagai FINALIS Anugerah inovasi Negara 2013 (kategori AKAR UMBI) iaitu finalis dengan 9 projek lain yang terpilih berdasarkan saringan awal dan seterusnya finalis ini akan dipertandingkan di majlis Anugerah Inovasi Negara 2013. Juara akan membawa pulang hadiah berjumlah RM 20,000 bagi kategori yang dipertandingkan