PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM

Arkib Berita 2013

Program Yang Ditawarkan

6 Julai 2013 - Program Jalinan Muhibbah Warga KSM Kedah / Perlis 2013 ini telah diadakan di ADTEC Kulim bagi menjalinkan hubungan harmoni dikalangan semua lapisan dan juga diantara semua agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia di negeri Kedah dan Perlis serta memberi ruang dan peluang untuk kakitangan berinteraksi sesama mereka. Antara kontigen yang turut serta dalam progam ini ialah ADTEC Kulim, ILP Jitra, ILP Kangar, JKKP Kedah, JKKP Perlis, PERKESO Kedah/Perlis, JTK Kedah, JTK Perlis, JPP, Mahkamah Perusahan, PSMB, JPK, NIOSH dan JHEKS.  Program sehari ini telah mempertandingkan acara Futsal, Badminton, Bola Tampar (P), Ping Pong, Karom, Petanque, Congkak & Dart (VIP).

Majlis Penutup program ini telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Haji Shariff bin Hussin, TKSU (Operasi) Kementerian Sumber Manusia. Keputusan johan keseluruhan untuk program ini telah dimenangi oleh ADTEC KULIM. Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada yang terlibat terutamanya KSK ADTEC KULIM yang telah menjadi tulang belakang program ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta program. Keputusan penuh pertandingan adalah seperti di bawah.

 

alt