PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Berita 2013

Program Yang Ditawarkan

 

19 Mac 2013 - barisan fasilitator yang terdiri daripada staf ADTEC Kulim yang diketuai oleh Pegawai Psikologi telah dipanggil untuk mengendalikan program motivasi keibubapaan kepada para ibu bapa dan penjaga pelajar Sekolah Kebangsaan Toh Ratna Sakti, Selama Perak.  Program motivasi ini dianjurkan oleh pihak sekolah tersebut khas bagi ibu bapa pelajar tahun 4 hingga 6. Pasukan fasilitator ADTEC Kulim diberi mandat dan kepercayaan untuk mengendalikan program ini. Seramai 10 orang fasilitator terlibat dan kehadiran 80 orang ibu bapa menjadikan program ini berlangsung penuh makna.

Antara objektif utama program ini adalah :

  • Memahami dengan jelas tugas dan tanggungjawab masing-masing sebagai bu bapa.
  • Perkongsian pengalaman dalam kaedah mendidik anak-anak.
  •  Menimbulkan kesedaran tentang peranan ibu bapa selaras dengan perkembangan dan peredaran zaman
  • Memberi pendedehan kepada ibu bapa tentang hala tuju dan kerjaya murid.

Program ini yang banyak menggunakan kaedah bimbingan secara terus melalui aktiviti LDK yang dibimbing oleh fasilitator. Turut diadakan sesi ceramah pada awal program yang menekankan kepada aspek fungsi dan peranan ibu bapa sebagai pendidik yang cemerlang di mana tidak menyerahkan sepenuhnya kepada sekolah dalam proses mendidik. Moga semua ibu bapa  yang terlibat mendapat manfaat dari program ini. Terima kasih juga kepada pihak-pihak yang bersama-sama menjayakan program ini terutama pihak pengurusan sekolah sendiri dan ADTEC Kulim yang turut menyokong penuh dalam menjayakan program yang berbentuk khidmat kemasyarakatan ini. Terima kasih juga kepada semua fasilitator dalam menzahirkan program ini.