17-18 Mac 2013 - Unit CESS telah menganjurkan Program Career Guidance bertempat di Dewan Kuliah Utama ADTEC Kulim yang melibatkan semua pelajar semester akhir. Program ini bertujuan untuk membantu dan memberi persediaan kepada para pelajar semester akhir bagaimana untuk menyediakan diri sebelum menamatkan pengajian dan seterusnya melangkah ke alam pekerjaan. Program ini juga membantu pelajar-pelajar bagaimana untuk menyediakan "resume" dan juga halatuju selepas menamatkan pengajian di ADTEC. Turut serta dalam program ini Tuan Pengarah ADTEC KULIM sebagai penceramah bagi berkongsi pengalaman serta motivasi kepada pelajar-pelajar yang hadir.
Program telah berjalan dengan lancar dan diharap pelajar memperoleh ilmu dan pengetahuan selaras dengan objektif program ini bagi meningkatkan kebolehpekerjaan dan kompetensi graduan bagi menyediakan mereka untuk memasuki pasaran pekerjaan.
https://www.adteckulim.gov.my/2017/index.php/ms/arkib-berita-2013/20-mac-2013/88-career-guidance-bantu-pelajar-semester-akhir#sigFreeId37da77373b