16 Februari 2013 - ADTEC Kulim telah menganjurkan Kejohanan Badminton Piala Pengarah ADTEC Kulim buat julung kalinya bertempat di Dewan Sri Mahang ADTEC Kulim. Kejohanan tersebut disertai oleh pasukan komuniti sekitar Mahang dan pasukan tuan rumah ADTEC Kulim termasuk staff dan pelajar.Peserta adalah rata-rata berumur antara 14 - 68 tahun.Seramai 31 pasangan beregu menyertai pertandingan tersebut.
Acara bermula jam 8.30 pagi bermula dengan taklimat ringkas berkenaan peraturan dan atucara kejohanan. Acara perlawanan badminton diteruskan sehinggan jam 6.00 petang.
Acara penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Pengurusan Sumber), Encik Mohd Zakir Mahmud yang turut hadir bagi memeriahkan kejohanan. Johan telah dimenangi oleh En.Nazril Bin Hashim dan Muas Bin Ramli yang mana memenangi Piala Pusingan ,Hadiah Wang Tunai Sebanyak RM 250 ,Medal ,Pakej percutian 2hari 1 malam untuk 5 orang di Sedim Vista Resort dan Baju Sukan Sumbangan Kelab Sukan Adtec Kulim. Naib Johan pula dimenangi oleh En.Jat Jazlan dan Meor Effendy yang mana memenangi Hadiah Wang Tunai Sebanyak RM 180 ,Medal ,Pakej percutian 2hari 1 malam untuk 5 orang di Sedim Vista Resort dan Baju Sukan Sumbangan Kelab Sukan Adtec Kulim. Pemenang Hadiah Ketiga dimenangi oleh En.Abdullah Salleh Bin Mat Yusuf dan Mohd Najib Bin Hassan yang mana memenangi Hadiah Wang Tunai Sebanyak RM 80.
Penganjur Kejohanan Badminton Pengarah ADTEC Kulim ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan yang menyertai kejohanan di atas kerjasama yang diberikan sepanjang kejohanan. Semoga matlamat kejohanan ini dapat mengeratkan silaturahim antara warga ADTEC Kulim dan komuniti Mahang .InsyaAllah tahun depan jumpa lagi di kejohanan yang sama.