Portal Rasmi ADTEC Kulim

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Utama PENGIKTIRAFAN

Pengiktirafan

Pusat Bertauliah Terbaik oleh JPK

E-mail Cetak PDF

 

ADTEC Kulim  telah terpilih  antara 5 buah Pusat Bertauliah Terbaik pada majlis Anugerah Pusat Bertauliah Cemerlang yang berlangsung pada 16 Julai 2012 bertempat di Dewan Sri Siantan, Perbadanan Putrajaya, Putrajaya.

Anugerah yang disampaikan oleh YB Datuk Dr S. Subramaniam, Menteri Sumber Manusia tersebut merupakan penarafan  yang diberikan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran ke atas program bertauliah yang dijalankan di pusat bertauliah dari segi  penyampaian kualiti latihan kemahiran yang disediakan oleh pusat bertauliah awam dan swasta.  Proses pengauditan yang dijalankan pada tahun 2011 tersebut menilai prestasi pusat bertauliah dalam aspek pelatih yang berkualiti, program yang relevan, personel pentauliahan yang memenuhi syarat, peralatan latihan yang mencukupi, sumber dan tadbir urus yang efektif.

Kesemua program yang dijalankan di ADTEC Kulim telah mendapat penarafan cemerlang iaitu markah melebihi  90 sewaktu diaudit.  Proses pengauditan ini dijalankan setiap 2 tahun sekali  bagi memantau dan memastikan kualiti penyampaian latihan kemahiran secara berterusan.

Tahniah dan syabas kepada semua warga kerja  serta pelajar ADTEC Kulim di atas komitmen dan usaha yang diberikan dalam memastikan ADTEC Kulim terus  kekal relevan sebagai peneraju latihan kemahiran. Sekian.

Terakhir Dikemaskini pada Sabtu, 18 Mei 2013 16:10

Pengiktirafan MQA

E-mail Cetak PDF

Sukacita dimaklumkan bahawa ADTEC Kulim telah diberi pengiktirafan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi kesemua program di ADTEC Kulim iaitu:

 

Diploma Teknologi Elektronik (MQA/FA0558)

Diploma Teknologi Mekatronik (MQA/FA0559)

Diploma Teknologi Telekomunikasi (MQA/FA0562)

Diploma Teknologi Pembuatan (Perkakasan) (MQA/FA0560)

Diploma Teknologi Pembuatan (Pemesinan)  (MQA/FA0561)

Terakhir Dikemaskini pada Khamis, 16 Mei 2013 21:30

Pengiktirafan daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd

E-mail Cetak PDF

SIRIM QAS Internasional Sdn. Bhd telah mengiktiraf bahawa Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Kulim telah melaksanakan Sistem pengurusan Kualiti yang menepati ISO 9001:2008

Sukacita dimaklumkan bahawa SIRIM QAS Internasional telah mengiktiraf Perlaksanaan sistem Pengurusan Kualiti jabatan yang telah memenuhi keprluan MS ISO 9001:2008 di bawah skop persijilan Pengurusan Pemberian Perkhidmatan Latihan Kemahiran Teknikal berkuatkuasa pada 24 Mac 2011. Pengiktirafan ini adalah meliputi 27 lokasi yang melibatkan ibu pejabat dan semua ILJTM termasuk  ADTEC Kulim

Tarikh dikeluarkan: 24 Mac 2011

Tempoh sah       : 24 Mac 2011 - 16 Ogos 2013

Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 23 Januari 2013 17:07

Pengiktirafan daripada Bomba

E-mail Cetak PDF

ADTEC Kulim telah berjaya mendapatkan Sijil perakuan Bomba untuk tempoh 14 /3/11 hingga 13/3/2012 dengan no perakuan bomba 20648. Pihak Bomba telah mengiktiraf bahawa permis ADTEC Kulim selamat dan mematuhi spesifikasi keselamatan kebakaran daripada pihak Bomba.

Terakhir Dikemaskini pada Rabu, 08 Mei 2013 12:19

Laman 1 dari 2