PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Pelajar

Penawaran kursus-kursus ko-kurikulum di ADTEC Kulim adalah sebagai sebahagian daripada usaha membentuk pelajar-pelajar yang seimbang mental, fizikal, emosi dan intelek. Kursus-kursus yang ditawarkan oleh unit ini terdiri dari dua (2) komponen iaitu:

  1. Persatuan/Kelab
  2. Badan Beruniform.

Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan bertindak menguruskan perlaksanaan penawaran dan perlaksanaan kursus-kursus ini.


Objektif kursus ko-kurikulum

  • Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka pengalaman dalam mengurus, mentadbir, mengelola, melaksana, menyelia dan menilai kegiatan kokurikulum yang dipilih.
  • Memenuhi hasrat institut latihani dalam mewujudkan pendidikan yang seimbang dan menyeluruh supaya pelajar menjadi siswazah yang lebih matang.
  • Menggalakkan pelajar agar sentiasa memiliki sifat-sifat murni seperti berdisiplin, berdedikasi, cergas dan cerdas, berdikari, bermoral, bersyukur, bertanggungjawab bagi membentuk generasi masyarakat yang teguh dan padu dengan pendekatan kemahiran insaniah (soft skill).
  • Memberi peluang kepada pelajar mengasah bakat dan kemahiran serta menggunakan masa senggang dengan lebih bermakna untuk kemajuan diri, organisasi dan masyarakat.

Aktiviti ko-kurikulum dijalankan pada setiap hari Khamis bermula bermula jam 2.00 petang sehingga 3.30 petang.

Badan beruniform dan kelab yang ditawarkan di ADTEC Kulim adalah seperti berikut:

  1. Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia
  2. Kelab Rekacipta
  3. Persatuan Jabatan Pertahanan Awam
  4. Wataniah
  5. Kelab Rakan Alam Sekitar