PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Dai)

1. NAMA PROGRAM

Diploma Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Dai)

 

2. PENGENALAN

Program yang ditawarkan ialah Diploma Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Dai) merupakan salah satu program Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia yang menganugerahkan graduan dengan Diploma Teknologi Perindustrian (Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia) dan Diploma Kemahiran Malaysia (Jabatan Pembangunan Kemahiran).

 

Graduan program ini dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran serta sikap professional seorang pekerja mahir dalam merekabentuk, membina, mengurus operasi pembuatan alatan dai kerja tekan, mengujicuba, troubleshooting kecacatan produk kerja tekan dan mengesahkan spesifikasi produk kerja tekan yang dihasilkan menggunakan mesin kerja tekan (stamping die) menggunakan peralatan metrologi termaju.

 

Kurikulum program ini mengandungi pengoperasian peralatan pemesinan untuk pembuatan alatan kerja tekan yang menitikberatkan kejituan dan kepersissan tinggi. Antara pengoperasian mesin terlibat adalah pemesinan konvensional dan CNC meliputi mesin canai permukaan, mesin canai silinder, mesin canai CNC, mesin larik konvensional dan CNC, mesin kisar konvensional dan CNC, mesin EDM Die Sinking, mesin EDM wirecut di samping beberapa proses tambahan seperti rawatan haba, sand blasting, menggilap dan teknik-teknik ketukangan logam menggunakan tangan untuk kerja-kerja halus dengan nilai had terima kecil.

Turut dimasukkan di dalam kurikulum program ini meliputi kemahiran pengoperasian alatan-alatan pengukuran dan metrologi seperti Coordinate Measuring Machine, Surface Roughness Tester dan teknik-teknik analisa data pengukuran menggunakan pengiraan dan perisian seperti min, mod, median, bell curve, dan konsep pesampelan sekali atau berganda yang digunakan semasa proses pengesahan produk yang dihasilkan daripada alatan acuan suntikan plastik yang dibina. 

 

Rekabentuk alatan kerja tekan merupakan teras utama kurikulum yang diambil graduan dengan mereka berpeluang melaksanakan Projek Tahun Akhir untuk merekabentuk dan menghasilkan produk kerja tekan dari alatan kerja tekan blanking and compound tool dan progressive die selain turut didedahkan kepada transfer tool. Aplikasi perisian rekabentuk dan kejuruteraan terbantu komputer untuk rekabentuk dan pemesinan seperti Solidworks®, AutoCAD® dan juga CadCAM. Selain itu graduan juga didedahkan kepada pembuatan termaju seperti mesin Rapid Prototyping dan pencetak 3D. Graduan juga turut melakasanakan die try out meliputi kemahiran penjajaran dan die matching selain pengoperasian mesin kerja tekan itu sendiri.

 

3. TEMPOH LATIHAN

 3 tahun

 

4. KELAYAKAN AKADEMIK

Program Diploma Teknologi Pembuatan dan Diploma Kemahiran Malaysia

Syarat Lulus sahaja untuk matapelajaran berikut semasa SPM:

  1. Bahasa Malaysia
  2. Bahasa Inggeris
  3. Matematik
  4. Sains
  5. Sejarah

 

Program Diploma Kemahiran Malaysia

 Syarat Lulus sahaja untuk matapelajaran berikut semasa SPM:

  1. Bahasa Malaysia
  2. Matematik
  3. Sejarah

 

 

5. STRUKTUR KURIKULUM

NOSS:

  • Tahap 2 MC-050-2:2012 Machining Operation
  • Tahap 3 MC-031-3:2015 Metal Stamping Die Making
  • Tahap 4 MC-031-4:2013 Metal Stamping Die Manufacturing Tecnology

 

 

6.  PELUANG KERJAYA

 

Para Graduan program ini akan lebih dikenali sebagai Tool and Die specialist di alam pekerjaan. Para graduan berpeluang menjawat jawatan sebagai Pembantu Jurutera Peralatan di sektor awam atau swasta dengan syarikat berkaitan industri pembuatan. Selain berkemahiran di dalam bidang rekabentuk dan pembuatan alatan dai, graduan juga mampu memenuhi tuntutan kerjaya yang amat luas di dalam sektor pembuatan lainnya seperti Perekabentuk Produk, Perekabentuk alatan pembuatan (jigs and fixtures), Pembantu Jurutera Pemesinan CNC, Pemprogram CNC, Penyelia pembuatan, Perancang Pembuatan, Penyelenggara alatan pembuatan, Kawalan Kualiti dan sebagainya yang terlibat di dalam front-end Manufacturing Process.