PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Teknologi Mekatronik

Pengenalan :

Kejuruteraan Mekatronik merupakan bidang yang berpotensi besar dan sangat penting dalam industri masa kini. Ia menggabungkan kejuruteraan mekanikal dengan kejuruteraan elektronik, teknologi komputer dan kawalan untuk menghasilkan suatu sistem bersepadu.

Program Pengajian Diploma Teknologi Mekatronik direkabentuk untuk menampung terhadap tenaga kerja separa mahir yang semakin meningkat dalam bidang ini. Program ini merangkumi bidang teori dan amali yang mantap serta latihan industri bagi menyediakan para pelajar menghadapi dunia pekerjaan. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sistematik melahirkan para lulusan yang berkebolehan dan kreatif serta mampu menyelesaikan masalah.

Tahap setiap kursus bermula dari peringkat asas sehingga tinggi di samping kerja-kerja makmal dan bengkel yang berkaitan. Struktur kurikulum yang disediakan akan membolehkan para pelajar mengaplikasikannya apabila melaksanakan projek pelajar semester akhir. Pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama enam bulan ketika di semester akhir untuk didedahkan dengan perkembangan teknologi semasa di samping mengalami persekitaran kerja sebenar. Aktiviti kokurikulum juga dimasukkan sebagai usaha membentuk sahsiah pelajar yang baik dan bertanggungjawab.

Strategi pengajaran dan pembelajaran adalah gabungan antara syarahan, kerja bengkel, kerja amali, kajian kes perbincangan dalam kumpulan, persembahan, tugasan dan latihan industri. Pelajar juga diberikan kursus projek di semester akhir untuk dilaksanakan secara berkumpulan untuk memberi peluang pelajar mengaplikasikan apa yang dipelajari. Mereka merekacipta, membuat kajian kes atau membuat inovasi dalam rekacipta sedia ada di samping mempelajari kemahiran menguruskan projek dalam persekitaran berkumpulan. Penilaian pelajar akan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan dan penilaian berterusan ke atas segala tugasan yang diberikan sepanjang pengajian.

 

Objektif Jabatan :

Di akhir program pelajar akan dapat:

1.Perolehi pengetahuan dan kemahiran  dalam bidang kejuruteraan mekatronik.

2.Aplikasi pengetahuan dan kemahiran untuk mengenalpasti keperluan spesifikasi sistem mekatronik.

3.Rekabentuk dan membangunkan sistem automasi yang melibatkan penggunaan teknologi elektronik,mekanikal,elektrikal dan computer.

4.Laksanakan kemahiran praktikal yang dapat membantu pelajar melibatkan diri dalam persekitaran industri yang sebenar.

 

Kursus yang ditawarkan:

  • Diploma Teknologi Kejuruteraan (DTK) Mekatronik
  • Diploma Teknologi Perindustrian (DTP) Mekatronik

Silibus ILJTM

Rujukan COCU

 Diploma Teknologi Kejuruteraan

MC-091-4:2016 Sokongan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri

Diploma Teknologi Perindustrian

MC-091-4:2016 Sokongan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri

 

Persijilan

1. Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektonik ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM) yang diiktiraf oleh MQA.
2. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 MC-091-4:2016 Sokongan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

 

Kerjaya:

Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, pelajar boleh mencari peluang pekerjaan seperti:-

  • Penolong Jurutera Mekatronik
  • Pemprogram Mekatronik
  • Juruteknik Sistem Mekatronik
  • Juruteknik Penyelenggaraan Mesin