PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Teknologi Elektronik

 

    
      

 

 Pengenalan

Program yang ditawarkan disini adalah Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik dan Diploma Teknologi Perindustrian Elektronik. Kursus ini menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas yang kukuh dalam bidang elektronik dan teknik kawalan berasaskan kepada penggunaan teknologi elektronik terutama dalam bidang pengeluaran, pengukuran dan baikpulih.  Di samping itu pelajar juga diharap berketrampilan untuk:


- membuat pengujian, analisa kerosakan dan baikpulih peralatan elektronik.
- membuat pelbagai pendawaian elektrik 1 fasa dan menjalankan pengujian litar.
- merekabentuk, menganalisa litar elektronik dan membina papan litar bercetak (PCB)
- mengunakan PLC, sensor dan sistem hydraulic & pneumatik untuk pengawalan sistem automasi komplek.
- membuat pengaturcaraan dan merekabentuk sistem berasaskan microprocessor dan microcontroller.
- menjalankan ujikaji menggunakan sistem pengukuran berautomatik (automatic measuring system) melalui pengaturacaraan berasaskan objek / grafik.
- menjalankan latihan amali yang melibatkan sistem telekommunikasi.

Kurikulum kursus ini juga dilengkapi dengan COCU  Pemasangan & Troubleshooting Peralatan Elektronik EE-021-2012 Tahap 2, Troubleshooting, Pembaikpulihan & penyelenggaraan Peralatan Elektronik, EE-021-3:2012 Tahap 3, dan Pembangunan Produk Elektronik EE-021-4:2014 Tahap 4.

 

Prospek Kerjaya

Prospek kerjaya untuk pelajar dari program ini adalah sangat baik. Kursus ini meliputi pelbagai subjek elektronik, graduan boleh memasuki mana-mana bidang industri yang berkaitan seperti juruteknik, jurutera elektronik, pembantu jurutera dalam bidang rekabentuk, membangunkan peralatan elektronik atau memulakan syarikat mereka sendiri. Pelajar juga boleh menyambung penjagian ke peringkat yang lebih tinggi di UteM, UTHM, UTM dan lain-lain IPT Kemahiran.


Tempoh Pengajian

1. Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektronik : 6 Semester

2. Diploma Teknologi Perindustrian Elektronik : 3 Semester ( lepasan SKM tahap 3)

 

Persijilan

1. Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektonik ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM) yang diiktiraf oleh MQA .
2. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 EE-021-4:2012 Electronic Product Development ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).