PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Program Yang Ditawarkan

Kelayakan

Pada amnya kelayakan minimum bagi memohon untuk mengikuti kursus-kursus di ADTEC Kulim adalah seperti berikut:

Syarat-syarat AM adalah seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia

2. Berumur 17-35 tahun (semasa memohon)

3. Sihat tubuh badan & tidak mengalami sebarang kecacatan mental atau fizikal

 

Syarat-syarat KHAS program adalah seperti berikut:

 

LEPASAN SPM & SETARAF

Syarat Khas Program yang ditawarkan:

LULUS SPM/SPMV dengan KEPUJIAN dalam subjek berikut: 

1. Matematik/ Matematik Tambahan;

2. Sains/Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik / Kimia / Subjek yang berkaitan dengan teknikal serta;

3. LULUS Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sejarah

4. Mendapat sekurang-kurangnya TIGA (3) KEPUJIAN mana-mana subjek (termasuk subjek no.1 & no.2 seperti diatas)

 

LEPASAN SKM & SETARAF

1. Mempunyai SPM/SPMV dengan LULUS Bahasa Melayu DAN mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang yang berkaitan.

2. LULUS dalam temuduga yang dijalankan.

on Ahad Jun 18 by Super User