PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Diploma Teknologi Kejuruteraan (DTK) Mekatronik

 

Program yang ditawarkan ialah Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik. Bidang Mekatronik mempunyai potensi yang besar dan sangat penting dalam industri masa kini. Ianya merupakan satu bidang multi-disiplin yang menggabungkan beberapa elemen dari bidang berbeza seperti kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan komputer, kejuruteraan sistem dan juga rekabentuk automasi untuk menghasilkan suatu sistem bersepadu.

Diantara subjek-subjek teras yang akan diikuti oleh para pelajar  adalah seperti Sistem Kawalan, Sistem Mekatronik, Robotik, Sistem Pemacu Elektrik dan lain-lain.

Sepanjang pengajian di ADTEC Kulim, para pelajar akan berpeluang mempraktikkan secara “hands-on” semua kemahiran yang dipelajari menggunakan peralatan dan mesin yang disediakan di institut. Tahap setiap kursus bermula dari peringkat asas sehingga tinggi di samping kerja-kerja makmal dan bengkel yang berkaitan.

Struktur kurikulum yang disediakan akan membolehkan para pelajar mengaplikasikannya apabila melaksanakan projek pelajar semester akhir. Pelajar juga akan diberi seliaan dan tunjuk ajar untuk menghasilkan projek-projek Automasi  yang berasaskan industri (industry based project) sebagai pendedahan awal kepada pelajar sebelum memasuki alam pekerjaan yang sebenar.

Pelajar diwajibkan menjalani latihan industri selama enam bulan ketika di semester akhir untuk didedahkan dengan perkembangan teknologi semasa di samping mengalami persekitaran kerja sebenar. Aktiviti kokurikulum juga dimasukkan sebagai usaha membentuk sahsiah pelajar yang baik dan bertanggungjawab.

 

Tempoh Latihan

3 tahun

Kelayakan Akademik

Lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf serta memenuhi syarat minimum berikut :

i) Credit Bahasa Melayu

ii) Lulus Sejarah (SPM 2013 dan seterusnya)

iii) Lulus Bahasa Inggeris

iv) Kepujian Matematik/Matematik Tambahan

v) Kepujian Sains/Sains Tambahan/Sains Gunaan/Fizik/Kimia/Teknikal/Vokasional dan

vi) Mendapat Satu (1) Kepujian dalam mana-mana mata pelajaran termasuk i) atau ii) atau i

 

Persijilan

1. Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekatronik ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM) yang diiktiraf oleh MQA.
2. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 MC-091-4:2016 Sokongan Sistem Kejuruteraan Automasi Industri ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).