PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Teknologi Pembuatan (Pemesinan)

 

 

   

 

      

 

 TEKNOLOGI KEJURUTERAAN PEMBUATAN (PEMESINAN)

Program ini direka untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam merekabentuk, memproses, mengendali dan mengurus sistem dan peralatan yang digunakan dalam pembuatan teknologi. Ia terdiri daripada tugas-tugas yang merangkumi konteks sejajar dengan pembangunan industri terkini. Pelajar akan mengkaji lukisan asas dan lanjutan dan reka bentuk (CAD / CAM) berkaitan Kejuruteraan, menggunakan mesin konvensional dan CNC melibatkan Mesin Kisar, Mesin Larik dan Mesin Canai, EDM Die Sinking dan Wire Cut . Di samping itu, pelajar juga akan mempelajari subjek penyeliaan, pengurusan dan mata pelajaran am seperti Fizik, Aplikasi Komputer, Matematik, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam.Pelajar akan menggunakan semua pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam membangunkan Projek Tahun Akhir dan menjalani Latihan Industri pada akhir semester. Pelajar juga perlu terlibat dengan aktiviti-aktiviti tambahan dan kurikulum dan sukan. Pelajar akan dilatih untuk merekabentuk dan membangun atau mengubah dan meningkatkan sistem atau peralatan yang digunakan dalam proses dan pembuatan industri serta mematuhi peraturan keselamatan dan prosedur yang ditetapkan.

 

 

Kursus yang ditawarkan:

 

Peluang Kerjaya:

Graduan-graduan yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya dan bersedia untuk masuk ke bidang yang berkaitan dengan bidang pemesinan logam. Prospek pekerjaan yang boleh diceburi adalah seperti berikut

  • Juruteknik Pembuatan
  • Juruteknik QC
  • Programmer CNC
  • Juruteknik Machinist
  • Juruteknik Machinist CNC
  • Pereka Produk
  • CAD / CAM Designer