Pengenalan
Kursus ini menyediakan pelajar dengan asas pengetahuan dan kemahiran yang kukuh dalam bidang elektronik dan teknik kawalan berdasarkan penggunaan teknologi elektronik terutama dalam bidang pengeluaran, pengukuran dan baikpulih. Di samping itu pelajar juga diharap berketrampilan untuk:
- membuat pengujian, analisa kerosakan dan baikpulih peralatan elektronik.
- membuat pelbagai pendawaian elektrik 1 fasa dan menjalankan pengujian litar.
- merekabentuk, menganalisa litar elektronik dan membina papan litar bercetak (PCB)
- menggunakan PLC, sensor dan hidraulik & pneumatik sistem untuk mengendalikan sistem automasi kompleks.
- membuat pengaturcaraan dan merekabentuk mikropemproses dan mikrokontroler berasaskan sistem.
- menjalankan ujikaji menggunakan sistem pengukuran berautomatik melalui sistem pengaturcaraan berdasarkan objek / grafik.
- menjalankan latihan amali yang melibatkan sistem telekommunikasi.
Kurikulum kursus ini juga dilengkapi dengan COCU Pemasangan & Pemecahan Masalah Peralatan Elektronik EE-021-2012 Tahap 2, Penyelesaian Masalah , Pembaikpulihan & Penyelenggaraan Alat Elektronik, EE-021-3: 2012 Tahap 3 dan Elektronik Produk Pembangunan EE-021-4: 2014 Tahap 4.
Kursus yang ditawarkan:
Kerjaya
Prospek kerjaya untuk pelajar dari program ini sangat baik. Kursus ini meliputi pelbagai subjek elektronik, graduan boleh memasuki mana-mana bidang industri yang berkaitan seperti juruteknik, elektronik jurutera, pembantu jurutera dalam bidang rekabentuk, membangunkan peralatan elektronik atau memulakan syarikat sendiri. Pelajar juga boleh menyambung penjagian ke peringkat yang lebih tinggi di UteM, UTHM, UTM dan lain-lain IPT Kemahiran.