PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

 

UNIT PEMANTAPAN INSANIAH
VISI, MISI, FALSAFAH DAN FUNGSI PERKHIDMATAN UNIT

PENGENALAN

Unit Pemantapan Insaniah di Institut bersifat menyeluruh dan meliputi program perkembangan, pencegahan serta pemulihan.  Program perkembangan dan pencegahan lebih banyak dijalankan berbanding program pemulihan.  Antara perkhidmatan yang disediakan iaitu bidang akademik, kerjaya, psikologi dan kesihatan mental, kepimpinan dan kaunseling individu / kelompok. 

VISI

Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal, perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan pelajar dan sekolah

MISI

Dengan penuh rasa tanggungjawab dan bersungguh-sungguh menyediakan perkhidmatan menolong bantu pelajar dari aspek pengayaan,perkembangan,pencegahan dan pemulihan untuk mempertingkatkan pengetahuan,ketrampilan dan konsep kendiri positif yang perlu dalam menghasilkan masyarakat ‘ MADANI’ melalui perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang berkesan beramanah berteraskan falsafah pendidikan kebangsaan.

FALSAFAH

Bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembleng secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap,berkesan dan beramanah berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek intelektual, jasmani,emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

 

FUNGSI UNIT

Bidang Psikologi

 

  1. Membantu melaksanakan program pembangunan modal insan berdasarkan pendekatan Psikologi merangkumi aspek pembangunan, pencegahan, pemulihan dan intervensi.
  2. Melaksanakan modul program pembangunan modal insan.
  3. Membantu melaksanakan penyelidikan dan kajian pembangunan modal insan.
  4. Membantu memberi maklumat khidmat rundingan berkaitan perkhidmatan Psikologi dan kaunseling.
  5. Membantu mentadbir dan menyediakan laporan ujian psikologi.
  6. Membantu memberi input psikologi untuk tujuan pembangunan, pencegahan dan pemulihan.
  7. Membantu memberi khidmat psikoterapi, rawatan kepada klien (pelajar/ pekerja)

 

 

Bidang Kaunseling

 

  1. Melaksanakan aktiviti kaunseling yang merangkumi aspek-aspek pertumbuhan dan perkembangan, intervensi, pencegahan dan pemulihan.
  2. Menjalankan khidmat kaunseling secara individu dan kelompok, kaunseling keluarga, kaunseling perkahwinan, tele-kaunseling, khidmat perundingan dan intervensi krisis.
  3. Menyediakan laporan berkaitan aktiviti perkhidmatan kaunseling.
  4. Menyediakan laporan pemantauan dan siasatan bagi tujuan rekod, pelaporan dan penambahbaikan kualiti perkhidmatan kaunseling sedai ada.
  5. Menyelenggara, menyimpan dan mengedar alat-alat ujian dan inventori psikologi.
  6. Menyediakan cadangan keperluan alat-alat ujian dan inventori psikologi yang sesuai.
  7. Melaksanakan aktiviti/program latihan dalam urusan pentadbiran, interpretasi alat ujian dan inventori psikologi.


Skop perkhidmatan kaunseling meliputi perkara-perkara berikut :-

a. Memahami diri sendiri
b. Membina emosi yang stabil
c. Membentuk fikiran yang positif
d. Mengendali tekanan
e. Membuat keputusan
f. Menggalakkan interaksi positif
g. Membina hubungan yang sihat

Kaunseling berbeza daripada nasihat atau bimbingan. Ia merupakan perkhidmatan menolong secara profesional dan memerlukan latihan serta penyeliaan rapi. Penasihatan dan bimbingan lebih menfokus kepada `situasi' yang anda hadapi manakala kaunseling memberikan penekanan dan tumpuan kepada diri anda yang berhadapan dengan situasi tersebut.


Pengujian & pengukuran Alat Ujian Psikologi


  1. Pemahaman terhadap diri sendiri dan orang lain
    b. Menjalankan pengujian kecenderungan kepada pelajar tahun akhir
    c. Mengendalikan ujian berkaitan dengan personaliti
    e. Proses `self-exploration' dalam memantapkan potensi diri
    f. Mempunyai alat ukur yang standard seperti SDS, IPS, IPW, IGB, VPI.

 

Program Pembangunan Personel-Kemahiran Insaniah (Soft Skill)

 

  1. Merancang dan menjalankan program pembangunan kendiri pelajar dan kakitangan.
  2. Merancang dan melaksanakan program berbentuk kepimpinan
  3. Merancang dan melaksanakan program kerohanian
  4. Merancang dan melaksanakan program jati diri
  5. Melaksanakan program sihat dan cerdas fizikal dan emosi.
  6. Melaksanakan program jalinan mesra pelajar baru
  7. Melaksanakan program berbentuk patriotic.
  8. Melaksanakn program teambuilding.
  9. Melaksanakan program pemantapan sahsiah diri.

 


Bimbingan Kerjaya

Menjalankan program/kelas bimbingan kerjaya kepada pelajar. Bimbingan diperingkat awal iaitu pada awal semester dan bimbingan khusus pada akhir semester. Bimbingan untuk membantu pelajar bersedia dari segi mental, personality, jati diri serta dokumen yang berkaitan seperti resume, surat mohon kerja dan portfolio diri.

 

Pembimbing Rakan Siswa

Unit ini menubuhkan Kelab Pembimbing Rakan Siswa (PRS). Peranan PRS ini adalah sebagai penggerak semua program anjuran pusat latihan dan menjadi pembimbing kepada rakan-rakan sebaya yang memerlukan nasihat dan bimbingan. Melalui penyertaan sebagai PRS juga, para pelajar dapat menimba pelbagai pengalaman dan kemahiran yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian mahupun di alam kerjaya nanti.