PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Bahagian / Unit

Objektif:

Bertindak sebagai medium perhubungan dengan syarikat syarikat sekitar disekitar ILP Marang dalam mempromosikan pelajar keluaran ILJTM.

Menguruskan segala hal ehwal kerjasama industri dan institut serta meningkatkan penyertaan pihak industri dalam latihan yang dijalankan di ILJTM.

Memberi keyakinan kepada industri bahawa pelajar keluaran ILJTM adalah berkualiti disamping memastikan pelajar pelajar ILJTM mendapat peluang pekerjaan sebaik sahaja menamatkan pelajaran.

 

Fungsi:

1.     Kaunselor Kerjaya

  •  Menyediakan perkhidmatan kaunseling
  • Mengadakan temuduga terbuka
  • Menyediakan perkhidmatan pendaftaan pekerjaan
  • Mengadakan seminar / bengkel pembangunan kerjaya

2.     Kursus Jangka Pendek

  • Menyediakan kursus secara Customised (kursus berbayar & mengikut kehendak pelanggan) 
  • Menyediakan kursus jangka pendek secara modular (kursus berbayar yang ditawar oleh Institut)
  • Menyediakan promosi dan lawatan industri untuk syarikat dan individu.
  • Perkhidmatan pendaftaran kekompetenan Suruhanjaya Tenaga
  • Sistem Latihan Dual Nasional
  • Promosi dan pendaftaran industri.
  • Bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
  • Penempatan perantis SLDN.
  • Menyelaras peperiksaan dan persijilan SKM.

4.     Latihan Industri (LI)

  • Menguruskan penempatan pelajar di industri.
  • Penilaian prestasi pelajar LI.
  • Hubungan dengan pihak industri.

5.     Alumni

  •  Urusetia Persatuan Alumni ADTEC Kulim.
  • Hubungan dengan lepasan pelajar ADTEC Kulim

6.    Penyelaras Program “Curriculum Development Based on Vocational Ability Structure” (CUDBAS)

  •  Mempromosi kaedah CUDBAS sebagai satu alat untuk mengatur latihan pekerja