PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Objektif

Jabatan Kawalan Kualiti & Latihan ADTEC Kulim berperanan menyelia dan mengawal mutu latihan yang dijalankan di ADTEC Kulim agar ianya selaras dengan piawaian yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Tenaga Manusia.

Fungsi

  1. Mengurus dan menyelaras pembangunan kurikulum latihan merujuk kepada Kerangka Kelayakan Malaysia dan NOSS Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

  2. Mengurus dan menyelaras permohonan dan pembaharuan Pusat Bertauliah dengan pihak JPK bagi pelaksanaan sistem pentauliahan JPK.

  3. Mengurus dan menyelaras program pembangunan tenaga pengajar dengan mengenalpasti perkara-perkara seperti berikut:

    3.1       Kursus-kursus umum dan teknikal yang bersesuaian dengan tenaga pengajar dan kakitangan pentadbiran

    3.2       Seminar / bengkel bagi tujuan pemantapan pengetahuan dan kemahiran kakitangan

    3.3      Peningkatan akademik tenaga pengajar

    3.4      Menyelaras dan mengemaskini rekod kepakaran teknikal staf

    3.5      Mengurus permohonan Persijilan Kemahiran Malaysia secara PPT

    3.6       Mengurus data-data berkaitan pembangunan tenaga pengajar dan kakitangan pentadbiran

  4. Menilai keberkesanan latihan dengan mengumpul dan merekod data/maklumat, mengenalpasti data/maklumat yang diperolehi serta menyediakan laporan berdasarkan analisis yang dibuat.

  5. Mengurus dan menyelaras semua aktiviti pertandingan yang dianjurkan di peringkat jabatan, kebangsaan dan antarabangsa.

  6. Urusetia untuk aktiviti MS ISO 9001: 2008, akreditasi MQA dan persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC).

  7. Mengurus dan menyelaras lantikan dan aktiviti bersama khidmat pakar dan penasihat ADTEC Kulim.