PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) KULIM
ms MS en EN

Arkib Berita 2018

 TAKLIMAT PELAKSANAAN KENAIKAN PANGKAT BERASASKAN KRITERIA KECEMERLANGAN (KC)

 

 

6. Jun. 2018 - ADTEC Kulim, Taklimat Pelaksanaan Kenaikan Pangkat Berasaskan Kriteria Kecemerlangan (KC) Bagi Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional (PPLV) dan Pegawai Latihan Vokasional (PLV) Perkhidmatan Gunasama Persekutuan yang disampaikan oleh Tuan Kamaruzaman bin Hj. Md Ali, YDP Persatuan Pegawai-Pegawai Latihan Vokasional Malaysia (PPPLVM). Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi penerangan kepada PPLV dan PLV mengenai pelaksanaan Kenaikan Pangkat berasaskan Kriteria Kecemerlangan (KC). Taklimat ini juga telah dihadiri oleh PPLV, PLV dan Tuan Pengarah ADTEC Kulim. Kenaikan pangkat berasaskan KC hanya melibatkan pegawai dari gred DV29 sehingga DV54 sahaja. Sistem penilaian KC ini dibentuk dari empat komponen utama iaitu

  • Teras utama
  • Kepimpinan
  • Pembangunan diri
  • Sumbangan

 

Antara pengisian yang menarik untuk dikongsikan, sistem penilaian ini mengiktiraf pegawai yang benar-benar layak  untuk dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat walaupun dalam kepelbagaian skop tugas. Selain itu, penilaian ini ringkas dan memudahkan ramai pihak kerana penilaian akan dilakukan diperingkat institut/jabatan masing-masing. Semoga dengan usaha ini, ianya bukan sahaja memberi manfaat kepada individu (pegawai) tetapi turut memartabatkan dan meningkatkan kualiti jabatan ini!

Ayuh, mari sama-sama kita CEMERLANG!